Simpanan elaun ESH + dividen akan dibayar Julai 2012

Posted: March 17, 2012 in Makluman

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Mac – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dimaklumkan Baginda Sultan telahpun memperkenankan bagi semua baki simpanan Elaun Sara Hidup serta pulangan-pulangannya dikeluarkan dan dibayar kepada semua pegawai dan kakitangan yang berkenan mulai Julai 2012.

Sehubungan dengan itu, pembayaran simpanan Elaun Sara Hidup serta pulangannya akan dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut;

Bagi pengiraan pulangan kepada baki simpanan dikemaskinikan berasaskan jumlah simpanan terkumpul pada setiap penghujung tahun dan bukannya berasaskan jumlah simpanan yang dikreditkan pada satu-satu tahun berkenaan sahaja.

Bagi pegawai dan kakitangan dalam perkhidmatan bergaji bulan, simpanan Elaun Sara Hidup akan dibayar pada tarikh pembayaran gaji Perkhidmatan Awam bagi bulan Julai 2012. Bagi kakitangan dalam perkhidmatan bergaji hari, simpanan Elaun Sara Hidup akan dibayar pada 30 Julai 2012.

Manakala bagi kakitangan ambilan tempatan di pejabat-pejabat Perwakilan Negara Brunei Darussalam di luar negeri akan dibayar pada 30 Julai 2012 dan akan dikendalikan oleh pejabat-pejabat perwakilan masing-masing.

Bagi pegawai dan kakitangan yang telah pun bersara atau menamatkan perkhidmatannya sebelum Surat Pekeliling ini dikuatkuasakan, jika terdapat perbezaan bayaran dividen berikutan pengiraan semula yang akan dibuat seperti di langkah pertama di atas, pembayarannya akan dibuat secara berperingkat-peringkat mulai 1 Ogos 2012, iaitu tertakluk kepada pengesahan maklumat daripada ketua-ketua jabatan yang berkenaan.

Elaun Sara Hidup yang akan dikeluarkan adalah dipersyaratkan untuk menjelaskan terlebih dahulu mana-mana hutang tertunggak kepada kerajaan jika ada, sebelum simpanan Elaun Sara Hidup dibayar kepada pegawai berkenaan. Perkara ini adalah khusus bagi hutang tertunggak sahaja dan tidak termasuk tuntutan bagi bayaran pinjaman kereta dan pinjaman rumah yang mana pembayarannya adalah mengikut jadual yang telah dipersetujui antara kerajaan dan pegawai berkenaan.

Ketua-ketua jabatan adalah dipertanggungjawabkan sepenuhnya bagi mengesahkan bahawa data-data pegawai dan kakitangan di kementerian dan jabatan masing-masing adalah betul dan teratur.

Bagi memastikan Jabatan Perbendaharaan dapat mengeluarkan pembayaran simpanan Elaun Sara Hidup berserta pulang-pulangannya kepada semua pegawai dan kakitangan pada bulan Julai 2012 sebagaimana dirancang, pihak kementerian dan jabatan hendaklah menghadapkan data-data berkenaan tidak lewat daripada 30 mac 2012.

Titah perkenan melalui surat pekeliling ini berkuatkuasa mulai 7 Mac.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s