BERPADA-PADA MENGUNAKAN FACEBOOK & TWITTTER

Posted: March 20, 2012 in Artikal
Tags: ,

Laman jaringan sosial, seperti Facebook ataupun ‘microblog’ seperti Twitter kini telah menjadi sebahagian besar dalam hidup setiap individu, Tidak hanya di rumah dan di pejabat, laman sosial ini menjadi alat komunikasi yang dianggap cukup efektif di antara pekerja, meskipun tentu ada aturan tertentu yang harus dipatuhi.

Namun, banyak perkara atau peraturan yang harus diperhatikan ketika pekerja aktif di laman jaringan sosial tersebut. Salah satu dan yang paling penting ialah, apakah organisasi tempat awda bekerja membolehkan pekerjanya untuk membuka dan aktif di laman-laman tersebut?

Jika ya, awda sebaiknya tahu bahawa status yang awda cuba paparkan di laman sosial awda tidak memberi kesan negatif ter­hadap karier. Sebaliknya, awda tidak boleh membukanya jika peraturan organisasi mela­rang kakitangannya untuk ‘berFacebook’ atau ‘berTweet.’

Jika tidak, awda boleh dikenakan tindakan. Banyak contoh yang menunjukkan betapa komen di Facebook atau Twitter boleh meng­akibatkan keburukan, seperti putusnya hubungan persahabatan, malah tidak kurang juga yang berakhir hingga ke muka pengadilan.

 8 Tip perlu diikuti

Bagaimana cara untuk awda bebas daripada terkena kesan negatif terhadap karier awda akibat daripada penggunaan laman sosial? Pertama, jauhkan urusan pejabat dari aktiviti Twitter atau Facebook awda. Jika tidak perlu, jangan meletakkan komen, terutamanya yang bernada negatif mengenai perkara yang berlaku di pejabat ataupun tentang seseorang di pejabat awda. Awda juga harus lebih peka. Berikut beberapa tip yang harus awda lakukan ketika melayari laman sosial.

Patuh peraturan organisasi

Setiap organisasi memiliki peraturan yang harus dipatuhi oleh para kakitangannya. Jika awda masih mahu terus bekerja di organisasi tersebut, sebaiknya ketahui dan ikuti peraturan yang ditetapkan di organisasi, termasuk mengenai boleh atau tidak aktif di laman jaringan sosial seperti Facebook atau Twitter. Kebelakangan ini, kebanyakan organisasi membenarkan para pekerjanya untuk membuka Facebook atau Twitter. Ini kerana, melalui kajian menunjukkan bahawa semakin aktif seseorang itu di laman jaringan sosial, kemampuan dalam melaksanakan tugasan juga akan meningkat.

Asingkan urusan peribadi dengan urusan pejabat

Ini penting kerana akan menyukarkan awda jika mencampuradukkan urusan pejabat dengan urusan peribadi di laman sosial. Sebaiknya jangan membawa urusan pekerjaan ke dalam status awda. Ingat, biasanya awda berteman dengan semua orang, termasuk pihak atasan di dalam Facebook. Jadi, setiap kali awda mengemaskini status, pasti mereka juga akan mengetahuinya.

Jangan lupa ‘log-off’

Jangan sesekali meninggalkan komputer ketika masih aktif, lebih-Iebih ketika membuka laman jaringan sosial. Ini membolehkan orang lain yang tidak bertanggungjawab menulis sesuatu pada status awda, yang mungkin memberi kesan tidak baik kepada awda. Usahakan juga agar kata kunci untuk akaun pekerjaan dan laman jaringan sosial awda berbeza. Jika kata kunci terbongkar, awda sendiri yang susah.

Jauhi urusan politik

Sebaiknya hindarkan komen berbau politik. Ini kerana, awda tidak tahu pandangan politik majikan awda. Boleh jadi, ia mempunyai pandangan politik yang berlawanan dengan pandangan politik awda. Begitu juga yang berlaku dengan urusan politik di pejabat.

Jika terjadi antara rakan A dengan ketua awda, seelok-eloknya hindarkan dari memaklumka dunia maya.

Jangan mengeluh mengenai pekerjaan

Seseorang penyelia secara mendadak dipindahkan ke bahagian yang kurang sesuai untuknya. Setelah diselidik, ternyata pemindahannya itu berkaitan dengan komen yang dibuatnya di Facebook yang kurang berpuas hati keadaan jabatan tempatnya bekerja. Oleh itu, tidak perlu nyatakan mengenai pekerjaan di Facebook. Jika mahu meluah cari sahaja orang yang awda percaya.

Kemas kini ketika makan tengah hari

Pasti ada di antara awda yang gemar mengemas kini status. Sebaik-baiknya jangan terlalu sering mengemas kini status. Pihak atasan pasti akan tertanya-tanya mengenai tindakan awda sehingga boleh meletak status baru setiap 10 minit. Mengemas status sekali sehari sudah memadai, misalnya ketika waktu rehat tengah hari di mana waktu tersebut merupakan masa bebas untuk awda.

Berhati-hati menaip komen

Banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum dikongsi di laman sosial. Ada baiknya awda tidak membalas status orang lain sembarangan. Menjadi pembaca sudah memadai daripada menerima risiki akibat komen awda yang salah. Ingat! Twitter dan Facebook bukanlah warung kopi, di mana awda boleh mengeluarkan komen sesuka Sebaiknya juga amati setiap apa yang awda letakkan di laman tersebut. Jangan hingga orang salah menilai awda disebabkan ini.

Berhati-hati ketika ‘posting’

Pertimbangkan dengan matang setiap kali awda hendak meletakkan gambar atau komen. Pastikan juga sesiapa sahaja yang mengakses apa yang awda letakkan kerana kemungkinan ia menjadi perhatian masyarakat awam. la mungkin sahaja baik untuk waktu ini tetapi boleh menjadi negatif di kemudian hati. Berhati-hatilah ketika awda berkongsi gambar atau video. Jangan letakkan gambar dan video yang bersifat peribadi jika tidak mahu rugi di kemudian hari.

Sumber: Buku Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2012

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s