Seminar Bela Diri SANGGA : ‘Mengenal Beladiri Silat’

Posted: March 22, 2012 in Sukan
Tags: ,

TELANAI, Ahad 18 Mac 2012. Seramai 15 peserta telah berjaya mengikuti Seminar Bela Diri yang buat julung-julung kalinya dianjurkan oleh Sistem Bela Diri SANGGA. Tujuan seminar adalah untuk mendedahkan kepada peserta teknik bela diri yang terbukti keberkesanannya dan mudah untuk dipelajari di samping mempersiapkan peserta dari segi mental dan emosi serta dapat mengawal rasa takut dan kerisauan semasa berada di dalam situasi yang penuh tekanan. Seminar berakhir dengan penyampaian sijil kepada peserta seminar.

Latihan Variasi Pukulan dalam silat oleh peserta

Seminar yang berlangsung selama 4 jam ini telah menyentuh 3 aspek utama iaitu Terapi Seni Bela Diri, Silat (SMART – Silat, Martial Arts Therapy), yang mendedahkan kepada peserta tentang kaedah pernafasan dan senaman berkesan yang dilakukan oleh pengamal-pengamal silat. Peserta juga didedahkan dengan latihan asas yang menjadi inti utama yang terdapat dalam sistem pertahanan silat (BEST – Basic Essential Silat Training), bermula daripada kaedah tempur jarak jauh, sederhana, dekat, rapat, dan bawah. Akhir sekali Ketua Jurulatih membentangkan beberapa konsep dan prinsip yang diamalkan oleh para pendekar zaman silam atau apa yang disebut sebagai “Habit Pendekar” (SAFE – Silat Awareness Fundamental Enhancement). Melalui pembentangan ini peserta didedahkan dengan beberapa sikap yang perlu dimiliki oleh seseorang bagi menjamin keselamatannya di mana pun ia berada.

Penerangan mengenai program pada hari tersebut oleh para
pengendali dan jurulatih seminar : dari kiri: Haji Ramli, Md Azmi dan
Jasmin.

Ketiga-tiga aspek tersebut merupakan komponen yang terdapat dalam silat iaitu Seni, Bela Diri dan Budaya. Secara keseluruhan Seminar Bela Diri SANGGA mengambil pendekatan yang berorientasi pada 6 prinsip utama yang terkandung dalam ‘SANGGA’ iaitu:

  •  Semulajadi, mudah, dan berkesan.
  • Anjal dan fleksibel.
  • Nilai dan manfaatkan keadaan sekeliling.
  • Gagah dalam semua jarak tempur.
  • Genggam semangat pendekar sejati.
  • Awas dan berjaga-jaga setiap masa.

    Penerangan mengenai gerakan semula jadi oleh Yg Mulia, Rusli
    Bin Bujang selaku ketua instruktor (chief instructor).

Latihan Kuncian oleh para peserta

Penganjuran seminar kali ini lebih merupakan projek rintis bagi mendapatkan maklum balas daripada peserta yang terlibat. Berdasarkan semangat dan kesan positif yang cukup menggalakkan di kalangan peserta insya-Allah Seminar Bela Diri seumpama ini akan diteruskan lagi dalam masa yang terdekat.

Gambar ramai, para peserta dan ahli jawatankuasa SANGGA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s