Memahami kejahatan syaitan

Posted: March 27, 2012 in Tazkirah
Tags:

SYAITAN adalah perkataan bahasa Arab yang disebut sebanyak 138 kali dalam al-Quran dengan pelbagai bentuk, antaranya Asy-syaithan, Syaithanan, Asy-syayathin, Syayatinihim dan Syaithani.

Oleh kerana ia dicipta daripada asap dan api maka ia tidak mudah dilihat, namun boleh menjelma dalam pelbagai rupa termasuk manusia, hantu, asap, anjing hitam dan ular.

Syaitan begitu dekat dengan orang-orang yang lupa kepada Allah s.w.t seperti tidak solat, tidak berpuasa serta membaca al-Quran.

Mereka sentiasa akan berusaha supaya manusia akan merasa segala yang ada di dunia ini adalah halal. Syaitan amat pandai memujuk dan merayu manusia supaya lalai seperti meminum arak, menari dan bergaul bebas.

Maka sebab itu orang Mukmin dianjurkan membaca doa “Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk.” Allah s.w.t mengingatkan manusia supaya bersikap baik sesama manusia, berkata benar, bersikap rendah hati serta bermurah hati.

Permusuhan antara syaitan dan manusia sudah diketahui. Antara kejahatan syaitan ialah menciptakan perselisihan dan perpecahan antara suami isteri.

Di dalam Kitab Tanbihul Ghafilin menyatakan antara 15 musuh syaitan ialah Rasulullah s.a.w, imam yang adil, orang kaya yang merendah diri, peniaga yang jujur, orang alim yang khusyuk, orang Mukmin yang suka menasihati, orang Mukmin yang murah hati (belas kasihan), orang yang bertaubat dan tetap dengan taubatnya, orang yang menjauhkan diri daripada segala perkara haram, orang yang sentiasa dalam keadaan berwuduk, orang Mukmin yang banyak sedekah, orang Mukmin yang berakhlak mulia, orang Mukmin yang banyak berjasa kepada manusia, orang Mukmin yang membaca al-Quran, menghafaz dan memahaminya serta orang Mukmin yang suka bersolat tahajud pada waktu malam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s