2 Kes Penipuan Dalam Masa 1 Minggu

Posted: April 5, 2012 in Berita
Tags:

BARU-BARU ini ada laporan di dalam media tempatan berkenaan dengan dua kejadian penipuan yang agak menghairankan.

Telur tiruan (kanan) nyata lebih besar daripada telur ayam asli

Satu daripada kejadian tersebut ialah tentang adanya telur ayam tiruan (berita dipaparkan dalam media tempatan pada 29 Mac 2012) yang dijual kepada orang ramai yang membeli tanpa menyedarinya sama sekali. Kejadian kedua pula ialah apabila kira-kira 300 pencari kerja menerima surat tawaran kerja palsu yang kononnya dikeluarkan oleh salah sebuah jabatan kerajaan.

Kegiatan penipuan sentiasa berlaku dalam apa jua bentuk dan kaedah dalam kehidupan manusia selain daripada perbuatan-perbuatan jenayah dan tidak bertanggungjawab yang lain. Banyak dan pelbagai alasan mengapa ianya terjadi, antaranya kerana kemelaratan hidup, keinginan yang mendalam untuk memiliki benda atau barangan yang dihajati, hanya untuk keseronokan semata-mata, pantang dicabar untuk berbuat sesuatu meskipun menyalahi kebiasaan dan bertujuan untuk mengaut keuntungan dengan cepat melalui penjualan hasil atau produk yang diperolehi dengan cara menipu.

Berbalik kepada kisah telur ayam tiruan awal tadi. Sememangnya agak sukar bagi seseorang untuk menolak keistimewaan yang ada padanya seperti harga murah dan saiznya yang lebih besar berbanding telur biasa. Apatah lagi bakal pembeli diperlihatkan dengan contoh isi telur yang nampak baru dan segar serta mempunyai warna kuning dan bulat penuh yang menarik pandangan mata. Ditambah lagi dengan kehadiran beberapa orang pengguna yang lain sudah setentulah timbul rasa dihati agar tidak ketinggalan untuk sama-sama membeli telur yang dijual. Namun semua itu menjadi hampa apabila mengetahui telur tersebut tidak seperti mana diharapkan malahan dirasakan tidak selamat untuk dimakan kerana rasanya seperti plastik dan seakan-akan dihasilkan melalui bahan kimia.

Mangsa-mangsa penipuan menunjukkan surat tawaran kerja palsu yang mereka terima.

Dalam kejadian kedua (berita dipaparkan dalam media tempatan pada 3 April 2012), adalah menyedihkan apabila ada pihak yang sanggup menggunakan sebuah agensi kerajaan sebagai mangsa untuk mecapai maksud jahat mereka. Kisahnya bermula apabila jabatan tersebut kononnya mengeluarkan surat tawaran kerja kepada kira-kira 300 orang yang dikehendaki terlebih dahulu membayar BND300 (kepada pihak yang tidak bertanggungjawab) sebagai wang pendahuluan. Kebanyakan mangsa tidak menyangka bahawa surat berkenaan adalah palsu kerana ianya lengkap dengan panji-panji Negara Brunei Darussalam yang menyerupai kepala surat rasmi kerajaan. Semuanya terbongkar apabila jabatan berkenaan memberitahu bahawa tidak ada kekosongan jawatan atau kerja seperti mana didakwa dan jikapun ada ianya akan dimaklumkan melalui saluransaluran yang sah dan betul.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s