AWASI KANAK-KANAK DAN REMAJA DARIPADA GEJALA YANG TIDAK BERMORAL

Posted: April 9, 2012 in Artikal
Tags: , ,

PERLINDUNGAN hak terhadap kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun telah mendapat perhatian Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan beberapa perubahan dan tambahan dalam Kanun Hukuman Jenayah (Penal Code).

Sebagai sebuah negara Melayu Islam Beraja (MIB), Kanun Hukuman Jenayah ini membawa pengertian yang lebih jelas lagi bahawa kitani selaku rakyat negara ini tidak mengalu-alukan gejala sosial yang tidak bermoral ini daripada terus bertapak di bumi yang kitani cintai ini. Kebajikan kanak-kanak dan remaja di negara ini sangat diambil perhatian yang serius kerana golongan inilah yang akan memajukan dan mengharumkan negara kitani pada masa akan datang.

Sistem perundangan negara telah membuat beberapa perubahan dan tambahan dalam undang-undang negara yang lebih tertumpu terhadap kesalahan seksual dengan mengikut jejak langkah negara-negara seperti United Kingdom, Kanada dan Republik Singapura.

Kanun Hukuman Jenayah yang mula berkuat kuasa pada 24 Mac 2012 atas inisiatif Jabatan Peguam Negara dalam mengukuhkan undang-undang negara untuk melindungi kanak-kanak dan remaja daripada eksploitasi seks.

Kesalahan seks yang melibatkan kanak-kanak yang menggunakan teknologi sebagai medium seperti pornografi kanak-kanak, pelacuran, terlibat dalam aktiviti seks dengan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun, pencabulan yang boleh membawa kepada hukuman sepuluh tahun penjara dan denda sehingga ribuan ringgit.

Apa yang lebih menarik undang-undang tersebut termasuklah undang-undang terhadap jenayah yang dijalankan melalui penggunaan internet. Dalam hal ini kita tidak nafikan ada pihak-pihak tertentu yang menyalahgunakan kecanggihan teknologi pada masa kini dengan menggunakan ruang siber sebagai mediumnya.

Kebimbangan ibu bapa memang berasas terhadap kandungan internet. Kebimbangan tersebut diasaskan kerana adanya laman-laman sesawang yang tidak berfaedah dan boleh merosakkan moral. Golongan kanak-kanak dan remaja adalah mangsa yang menjadi sasaran kepada gejala ini. Laman-laman sesawang yang tidak bersesuaian dengan agama dan nilai budaya kita. Kejahilan kanak-kanak tentang jenayah seksual yang tidak bermoral perlu diberi perhatian yang serius. Kanak-kanak ini perlu diberi pendidikan dan pengajaran tentang aktiviti tersebut yang bolehmenjerumuskan mereka kepada aktiviti yang tidak bermoral.

Kemudahan internet yang disediakan telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak apabila mereka menggunakannya sebagai medium untuk melakukan gangguan seksual seperti menghantar gambar lucah kepada rakan lain atau melayari laman sesawang lucah. Salah laku moral ini jika dibiarkan berterusan akan menjurus kepada satu perbuatan jenayah yang serius.

Dalam hal ini apakah alasan ibu bapa supaya gejala seperti ini dapat dihentikan? Adakah ibu bapa menyedari tingkah laku anak mereka semasa melayari internet? Perlukah penapisan laman internet dikuatkuasakan demi menjaga budaya dan tatasusila timur? Perlu diketahui kanak-kanak dan remaja gemar melakukan sesuatu yang baru dan sering bertindak mengikut emosi tanpa memikirkan akibatnya.

Langkah yang dapat diambil untuk mencegah situasi seperti ini supaya tidak berlaku ialah dengan pemantauan ketat oleh ibu bapa agar anak mereka tidak berpeluang melayari laman sesawang seks ketika ibu bapa tiada di rumah. Langkah lain pula ialah denganmemasukkan kata kekunci pada komputer di rumah tanpa diketahui oleh anak-anak. Justeru pendidikan dan pegangan agama yang kuat juga harus ditekankan dalam jiwa anak-anak agar mereka tidak mudah terpesong dengan aktiviti yang tidak bermoral ini.

Dalam menangani perkara ini, semua pihak perlu berganding bahu dalam merealisasikan negara kitani sebagai sebuah Negara Zikir yang bebas daripada segala kegiatan yang tidak bermoral. Pihak-pihak yang berkuasa, orang ramai, ibu bapa, keluarga, guru dan individu itu sendiri perlu memainkan peranan masing-masing untuk membanteras gejala ini.

Sumber: Pelita Brunei, 7 April 2012

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s