Hentikan Fesyen Tudung Bersanggul!

Posted: April 14, 2012 in Artikal, Hukum Hakam
Tags: ,

Bertudung adalah kewajipan bagi setiap wanita. Wanita dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Ada yang kata bertudung mengikut fesyen dan memandang sinis wanita bertudung tetapi masih melanggar hukum agama. Bertudung sebenarnya bukanlah pendinding dari wanita membuat maksiat. Apa yang penting ialah keimanan dalam diri.

Sudah menjadi suatu budaya sekarang ini dimana ramai dalam kalangan wanita yang memakai tudung tetapi sengaja mengikat atau menyanggul rambutnya tinggi-tinggi. Tidak pasti apakah motif mereka berbuat sedemikian ya?

Selain itu, ada juga dalam kalangan wanita memakai tudung yang dibelakangnya diletakkan pin lalu menampakkan sanggul di kepala. Tanpa kita sedari, ini sebenarnya merupakan fesyen jahiliah yang meresap secara perlahan ke dalam wanita Islam. Nauzubillah.

Renungkanlah hadith-hadith dibawah:

“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”

– Hadith Riwayat Ahmad

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim.

“Daripada Abdullah bin ‘Ayyasy bin ‘Abbas Al-Qityani, telah berkata bapaku, aku(bapa ‘Ayyasy) telah mendengar ‘Isa bin Hilal As-Shodafi dan dan Abu Abd Rahman bin Abdullah Al-Khathmi bin Yazid Al-Hubuli, berkata mereka berdua, kami mendengar Abdullah b Amru berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW berkata : Akan datang pada akhir zaman daripada umatku peremuan yang bertelanjang tanpa berpakaian. Sanggul mereka diangkat tinggi seperti bonggol unta. Kutuklah mereka sesungguhnya mereka golongan terkutuk.

Astaghfirullahalazim. Hadis di atas sudah cukup menjelaskan berkaitan pemakaian tersebut. Besar sungguh azab Allah terhadap mereka yang berpakaian sedemikian.

Sebagai seorang wanita,  sendiri tidak salah sekiranya kita hendak berfesyen dalam berpakaian tetapi berpada-padalah kerana kita ini merupakan wanita muslimah yang harus memelihara kehormatan diri kita agar hidup kita di dunia meskipun akhirat terpelihara, InsyaAllah.

Justeru itu, jika ada dalam kalangan sahabat-sahabat atau keluarga serta saudara seagama kita yang berpakaian sedemikian, dakwahlah mereka, beritahu dan terangkanlah kepada mereka secara berhikmah agar mereka tahu.

Ini merupakan tugas kita yang sudah tahu untuk menyampaikan kepada mereka yang masih jahil mengenai pemakaian sanggul tinggi ini. Maka sampaikanlah kepada wanita-wanita yang lain. Semoga kita diberikan hidayah dan sentiasa istiqamah dalam menutup aurat dengan BETUL. ^^

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s