HARI KELUARGA KEBANGSAAN JANA KEBAHAGIAAN KELUARGA

Posted: May 8, 2012 in Berita, Makluman
Tags:

HARI yang ditunggu-tunggu, 6 Mei 2012 tiba jua akhirnya. Sekalung ucapan tahniah dan penghargaan kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) atas kejayaan menganjurkan Hari Keluarga Kebangsaan 2012. Acara tahunan yang disambut pada setiap hari Ahad pertama pada bulan Mei itu memberikan peluang kepada ahli keluarga untuk berkumpul dan bergembira malahan mengambil bahagian dalam kegiatan atau aktiviti yang bertujuan untuk mengeratkan dan mengukuhkan hubungan sesama mereka.

Adalah tidak dinafikan bahawa setiap perkara yang diadakan pertama kali akan berhadapan dengan beberapa masalah yang muncul dengan tiba-tiba dan tanpa disedari lebih awal. Dari sinilah sebarang kekurangan atau kelemahan itu dikenal pasti dan dicari jalan bagi mengatasinya agar tidak berulang lagi. Begitu juga dengan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan yang buat kali pertamanya diadakan pada hari Ahad, 6 Mei 2012. Mungkin saja banyak sudut yang memerlukan pembaikan tetapi yang pasti ia telah dapat dilaksanakan dan menjadi salah satu acara terpenting dalam kalendar Negara Brunei Darussalam.

Faedah dan keseronokan yang diraih daripada Hari Keluarga Kebangsaan hanya diketahui oleh mereka atau ahli keluarga yang telah keluar untuk bersama-sama menjayakannya. Sepertimana yang diketahui, pelbagai aktiviti telah disusun di seluruh negara yang dibahagikan kepada beberapa zon iaitu empat di Daerah Brunei dan Muara dan masing-masing di Daerah Belait, Daerah Tutong dan Daerah Temburong.

Bagi mereka yang masih ada keraguan mahupun benar-benar belum ada kesempatan untuk membawa keluarga ke sambutan Hari Keluarga Kebangsaan pada tahun ini, tidaklah perlu berasa kecewa kerana ianya akan berlangsung pada setiap tahun. Lagipun, perlu disedari bahawa Hari Keluarga Kebangsaan bukan terhad pada hari sambutan itu sahaja, yakni hari Ahad pertama pada setiap bulan Mei, tetapi sebenarnya pada setiap masa dan waktu yang terluang bagi mengadakan aktiviti-aktitivi sendiri atau bersama-sama pihak lain dengan maksud dan tujuan yang sama iaitu merapatkan hubungan sesama ahli keluarga khususnya antara ibu bapa atau penjaga dengan anak-anak masing-masing.

Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan di zon-zon yang telah dipilih hanya sebagai titik rasmi bermulanya acara-acara khusus yang diungkayahkan oleh pihak KKBS dengan bantuan, kerjasama, sokongan dan dukungan pelbagai pihak.

Dalam hal ini, kitani berterima kasih kepada pihak-pihak tertentu khususnya pihak persendirian dan swasta yang telah memberikan sumbangan berbentuk kebendaan, tenaga dan moral ke arah menjadikan Hari Keluarga Kebangsaan 2012 berjaya dilaksanakan sepertimana diharap-harapkan.

Contohnya, ada beberapa restoran telah menawarkan harga istimewa kepada pelanggan terdiri daripada ibu bapa atau penjaga yang ingin membawa keluarga masing-masing menjamu selera.

Ada keluarga pula menunjukkan sokongan dan dukungan dengan mengadakan aktiviti kekeluargaan sendiri. Ini dapat dilihat dengan adanya beberapa buah rumah yang dikunjungi oleh ahli keluarga yang telah dijemput bagi acara Hari Keluarga persendirian. Suasana ceria dan seronok pastinya dirasakan khususnya kalangan kanak-kanak. Perkumpulan keluarga tidak terhad kepada golongan muda sahaja tetapi juga veteran seperti datuk dan nenek yang pastinya gembira dapat bersua dengan ahli keluarga masing-masing yang kini jarang ditemui disebabkan pelbagai alasan yang munasabah termasuk kesibukan dengan tugas-tugas harian. Suasananya pasti berbeza dengan perkumpulan biasa keluarga.

Marilah kitani bersama-sama menjayakan matlamat yang tersurat dan tersirat dalam sambutan Hari Keluarga Kebangsaan terutama sekali ke arah mengukuhkan institusi keluarga agar terhasil nanti daripadanya masyarakat yang memenuhi hasrat dan cita-cita bangsa, agama dan negara. Ingatlah kesejahteraan, kemakmuran dan kebahagiaan hidup bernegara juga berpaksikan kerukunan dalam rumah tangga dan keluarga.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s