Haji Nayan bomoh ubatan tradisional

Posted: May 9, 2012 in Artikal
Tags:

Haji Nayan bin Apong bersama keluarganya

Sebut sahaja nama Haji Nayan bin Apong ramai di kalangan masyarakat kita di Negara Brunei Darussalam mengenali beliau. Beliau lebih dikenali sebagai bomoh dengan hasil ubat-ubatannya daripada herba tempatan.

Mantan Ketua Kampong Kulapis ini masih lagi aktif mengusaha ubat-ubatan tradisional yang diperolehi dari alam semula. Kami yang secara kebetulan singgah ke gerai jualan beliau ketika Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan bagi Zon 4 Daerah Brunei Muara begitu ceria menyambut kedatangan kami.

Di antara jual ubat-ubatan tradisional beliau pada hari tersebut ialah:-

LANGSIR SIAM
Khasiatnya: Mandi-mandian perempuan lepas bersalin dan ubat ‘mentalih’ (sial). Caranya dengan direndam untuk dimandikan.

LANGAMIT LAKI
Khasiatnya: Ubat dugal dan penyakit beruri. Caranya dengan merebus dan diminum airnya 3 kali sehari.

PELIBAS PUTIH (SINDAT BAJAU)
Khasiatnya: mengubati orang kena keracunan. Caranya dengan merendam dalam air panas dan diminum selalu.

DAUN TATAU
Khasiatnya: Untuk memecahkan batu di dalam perut. Caranya dikisar, setiap daun hendaklah digunakan dengan kiraan angka ganjil lalu diminum.

HAMPEDU TANAH
Khasiatnya: Ubat demam kura, kencing manis, darah tinggi, mengurangkan kadar kolestrol. Caranya dengan menumbuk halus, dicampur dengan air panas kemudian di minum 3 kali sehari.

Bagi awda yang berminat untuk mendapatkan atau mengetahui lebih lanjut dengan khasiat ubat tradisional awda boleh menghubungi Tuan Haji Nayan bin Apong di No. 1 Simpang 36 Kampong Kulapis.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s