Kisah baik dan tidak baik

Posted: May 12, 2012 in Tazkirah

DI SEBUAH kampung, hidup seorang lelaki miskin bersama seorang anak lelaki dan seekor kuda. Beliau sudah lama kematian isteri.

Suatu hari, kudanya hilang. Orang kampung berasa kasihan dan datang mengucapkan takziah atas musibah yang menimpanya.

Namun, lelaki itu menjawab: ‘Yang tidak baik, tidak semestinya tidak baik; yang baik tidak semestinya baik.’

Satu hari kuda yang hilang itu kembali bersama lima kuda lain. Orang kampung tumpang gembira dan datang mengucapkan tahniah.

Beliau memberi jawapan yang sama: ‘Yang tidak baik, tidak semestinya tidak baik; yang baik tidak semestinya baik.’

Suatu hari seekor kuda menendang anak lelaki itu sehingga mencacatkan kakinya. Orang kampung berasa kasihan dan datang mengucapkan takziah.

Lelaki itu memberi jawapan yang sama juga: ‘Yang tidak baik, tidak semestinya tidak baik; yang baik tidak semestinya baik.’

Suatu hari, negeri mereka dilanda perang. Semua pemuda dikerah kecuali anak pak cik itu kerana kaki yang cacat. Ditakdirkan semua pemuda yang dikerah itu terkorban. Di kampung itu pula terdapat ramai anak dara. Akhirnya anak pak cik yang cacat kaki itu dikahwinkan dengan gadis paling cantik daripada keluarga terkaya.

Orang kampung datang mengucapkan tahniah.

Lelaki itu hanya menjawab: ‘Bukankah saya berulang kali katakan – yang tidak baik, tidak semestinya tidak baik; yang baik tidak semestinya baik?’

Moral daripada kisah ini: Sentiasalah mensyukuri pemberian Allah.

Usah cepat stres jika sesuatu musibah menimpa. Kita tidak tahu apa yang telah ditentukan Tuhan kepada kita.

Bersikap positif dan yakin bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s