Facebook antara punca perceraian

Posted: May 26, 2012 in Artikal, Fakta
Tags: , , ,

LONDON: Laman sosial Facebook kini didapati menyumbang kepada satu pertiga daripada jumlah perceraian di sini, menurut tinjauan yang dilakukan oleh firma perundangan.

Menurut satu kajian ke atas 5,000 petisyen perceraian oleh firma perundangan Britain, Divorce Online, lebih 33 peratus perceraian yang disenaraikan tahun lalu adalah berpunca daripada Facebook.

Jumlah itu naik mendadak berbanding 20 peratus pada 2009.

Tinjauan tersebut mendapati terdapat peningkatan aduan oleh pasangan suami isteri yang bertengkar mengenai sama ada mereka menukar status mereka kepada sudah bercerai dan mesej-mesej yang tidak sesuai kepada rakan berlainan jenis menjadi punca utama kepada aduan itu.

Malah, status yang dikemas kini, pemergian mencurigakan ke restoran dan gambar-gambar tidak sesuai yang dipaparkan di Internet, turut dijadikan bahan bukti dalam kes perceraian.

Sementara itu, menurut Akademi Peguam Perkahwinan Amerika Syarikat, kira-kira 80 peratus peguam di negara itu mendedahkan, jumlah kes perceraian berpunca daripada laman sosial semakin meningkat.

Daripada 15 kes yang dikendalikannya dalam tempoh setahun, rekod komputer, mesej dan e-mel dijadikan sebagai bahan bukti dengan 60 peratus daripadanya melibatkan Facebook. – Agensi.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s