Euro 2012 bermula 8 Jun – 1 Julai 2012

Posted: May 29, 2012 in Sukan
Tags:
Logo EURO 1960 - 2012

Logo EURO 1960 – 2012

Kejohanan Bola Sepak Eropah atau UEFA European Championship adalah kejohanan bola sepak terbesar antara negara-negara UEFA. Diadakan setiap empat tahun sekali sejak 1960, kejuaraan ini pada awalnya dinamakan sebagai Piala Negara-Negara Eropah (European Nations Cup), kemudian diganti dengan Kejohanan Bola Sepak Eropah (European Football Championship) pada 1968.

Dari 1960 hingga 1976 hanya empat pasukan yang layak dari pusingan kelayakan ke kejohanan akhir. Dari 1980 hingga 1992, lapan pasukan layak menyertai dan semenjak 1996 hingga kini enam belas pasukan bermain pada kejohanan ini. Pasukan-pasukan tersebut dipilih melalui perlawanan pada pusingan kelayakan. Tuan rumah mendapat tempat secara automatik.

Kejohanan EURO pada tahun merupakan ke-14 dianjurkan oleh UEFA dan akan dihoskan oleh Poland dan Ukraine di antara 8 Jun sehingga 1 Julai 2012.

Kejohanan ini akan disertai oleh 16 negara Eropah. Pada Kejohanan Euro 2016 akan menyaksikan 24 buah negara menyertai kejohanan ini.  Sebanyak 51 buah negara Eropah menyertai kelayakan yang bermula pada Ogos 2010 sehingga November 2011. Pemenang kejohanan Euro akan secara automatik layak ke pada 2013 Piala Konfederasi FIFA (Piala Dunia 2013 di Brazil).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s