Isra’ dan Mi’raj tanda keagungan dan kekuasaan Allah

Posted: June 16, 2012 in Hukum Hakam, Tazkirah
Tags:

Isra’ dan Mi’raj merupakan peristiwa yang luar biasa sebagai tanda keagungan dan kekuasaan Allah Subhanahu Wata’ala yang sememangnya agak sukar untuk diyakini melalui pemikiran manusia, namun kita selaku umat islam wajib percaya dan meyakini bahawa Isra’ dan Mi’raj yang terjadi kepada Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasalam adalah peristiwa yang benar-benar berlaku kerana segala kejadian boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah Subhanahu Wata’ala selaku pencipta dan pentadbir alam semesta.

Berdasarkan kepada peristiwa Isra’ dan Mi’raj ini, banyak pengajaran yang terkandung didalamnya untuk direnungi dan dihayati, antaranya ialah apabila baginda Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam diperlihatkan segolomgan manusia memukul-mukul kepalanya sendiri sehingga pecah, akan tetapi dalam keadaan sekelip mata, kepala mereka kembali seperti asalnya dan begitulah keadaannya yang terjadi secara berterusan. Rasulullah Salallahu Alaihi bertanya kepada Malaikat Jibril Alaihi Salam, siapakah mereka itu? Dijawab oleh Malaikat Jibril Alaihi Salam bahawa mereka itu ialah golongan umat Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam yang melalai-lalaikan waktu sembahyang sehingga habis waktunya.

Persoalannya sekarang, adakah kita yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasalam mahu menjadi umat yang memecahkan kepalanya sendiri kerana melalaikan waktu sembahyang atau sebaliknya?

Kewajipan menunaikan ibadat sembahyang hanyalah lima waktu sehari semalam dan kita sama sekali tidak boleh meninggalkannya. Pada asalnya sembahyang diwajibkan keatas Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam pada malam Isra’ dan Mi’raj dengan lima puluh waktu, kemudian dikurangkan sehingga lima waktu. Akan tetapi walaupun telah dikurangkan menjadi lima waktu, pahalanya tetap sama seperti lima puluh waktu.

Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam amat menitikberatkan ibadat sembahyang ini untuk dilaksanakan semenjak dari kecil lagi, iaitu apabila seseorang kanak-kanak telah mencapai umur tujuh tahun maka hendaklah dilatih untuk mengerjakan sembahyang, dan apabila ia telah mencapai umur sepuluh tahun, jika ia masih enggan melaksanakannya, maka hendaklah dipukul dengan pukulan yang tidak mencederakannya. Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam bersabda dalam sebuah hadis maksudnya:

“Dari Amru bin Syaib berkata ia: Telah bersabda Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam: Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan sembahyang ketika anak-anak itu berumur tujuh tahun, dan pukullah� mereka jika meninggalkan sembahyang ketika anak-anak itu berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka.” (Riwayat Al-Imam Abu Daud)

Adapaun hukum melaksanakan sembahyang ini menjadi fardhu ain (wajib) keatas setiap Mukallaf apabila telah mencapai usia baligh, maka hukum meninggalkannya adalah berdosa.

Kewajipan sembahyang berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji kerana sembahyang diterima langsung oleh Nabi kita Muhammad Salallahu Alaihi Wasalam sewaktu bertemu Allah Subhanahu Wata’ala tanpa perantaraan Malaikat Jibril Alaihi Sala. Sedangkan ibadat-ibadat lain diterima melalui wahyu samada perantaraan Malaikat Jibril Alaihi Salam ataupun wahyu yang diterima langsung daripada Allah Subhanahu Wata’ala. Ini membuktikan keistimewaan dan kelebihan sembahyang berbanding dengan ibadat-ibadat lain.

Jika kita perhatikan mengenai kewajipan ini maka betapa pentingnya sembahyang itu ditunaikan. Sesungguhnya sembahyang yang ditunaikan dengan ikhlas dan sempurna dapat mencegah daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wata’ala dan mencegah daripada perkara keji dan mungkar, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al-Ankabut Ayat 45, tafsirnya:

“Dan dirikanlah sembahyang dengan tekun, sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.”

Apa yang mendukacitakan sekarang ini masih terdapat dikalangan umat islam yang memandang ringan dan mengabaikan terhadap sembahyang lima waktu, apatah lagi hendak menunaikannya secara berjemaah. Tidak dinafikan bahawa pengaruh keduniaan telah banyak mempengaruhi mereka sehingga menyebabkan mereka lali untuk mengerjakan sembahyang. Terdapat juga diantara mereka yang lebih mementingkan urusan-urusan harian seperti tugasan dipejabat, urusan perniagaan dan sebagainya sehingga melalaikan waktu sembahyang yang akhirnya mengqadha sembahyang tersebut. Malahan yang lebih menyedihkan lagi ada yang meninggalkan sembahyang tanpa ada perasaan risau atau takut akan azab Allah Subhanahu Wata’ala.

Jika kita hayati dengan sebaik-baiknya terdapat banyak hikmah yang dapat kita perolehi dengan melaksanakan ibadah sembahyang ini di antaranya ialah dapat membentuk perhubungan diantara seseorang hamba kepada tuhannya. Sembahyang yang ditunaikan adalah untuk melahirkan pengabdian kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan menyerahkan diri, jiwa dan raga serta segala urusan kehidupan seharian kepadaNya. Ibadah sembahyang juga ditunaikan bagi mendapatkan keamanan,kedamaian, ketenganan dan keselamatan dari Allah Subhanahu Wata’ala. Begitu juga ibadah sembahyang yang ditunaikan akan dapat membuka jalan kepada kejayaan dan kemenangan bagi mendapatkan pengampunan dari Allah Subhanahu Wata’ala diatas segala kesalah dan dosa yang telah dilakukan.

Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam bersabda dalam sebuah hadith maksudnya:

“Dari Abi Hurairah Radiaallahu Anhu, sesungguhnya dia telah mendengar Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam bersabda: Bagaimana pendapat kamu jika salah seorang di antara kamu mendapati di hadapan rumahnya ada sebatang sungai lalu ia mandi di sungai itu lima kali dalam sehari. Apakah masih ada lagi kotoran pada badannya? Jawab sahabat tiada lagi kotoran padanya. Kata Rasulullah, maka demikianlah juga dengan sembahyang lima waktu, Allah menghapuskan dengannya dosa-dosa itu”.

Ibadah sembahyang juga melatih seseorang itu supaya lebih berdisiplin dan bertanggungjawab serta sentiasa mengikut peraturan masa kerja dalam menjalankan urusan kehidupan seharian kerana ibadah sembahyang itu sendiri dilakukan pada waktu-waktu yang tertentu dengan mengikut adab-adab dan rukun-rukunnya. Dalam sembahyang seseorang itu dapat mempelajari perasaan lemah lembut dan rendah diri, bersopan santun dan berdisiplin. Sembahyang juga dapat membentuk syahsiah dan peribadi seseorang supaya menjadi seorang yang berakhlak mulia, jujur, amanah, penyabar dan ikhlas.

Adapun hukum meninggalkan sembahyang, para ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa sesiapa yang ingkar kepada hukum wajib sembahyang, maka dia akan menjadi kafir dan dihukumkan murtad. Ini kerana kewajipan telah disabitkan kepada dalil Al-Qur’an, sunah serta ijmak’ ulamak. Manakala bagi sesiapa yang meninggalkannya kerana malas dan menganggapnya satu perkara remeh dan mudah serta sering meninggalkannya, maka dia akan digelar sebagai seorang yang fasik dan penderhaka.

Kita yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasalam ini hendaklah melaksanakan ibadah sembahyang dengan sebaik-baiknya, kerana baginda masih sempat berpesan ketika baginda menghadapi sakaratulmaut agar umatnya menjaga sembahyang, iaitu ketika malaikat Izrail melakukan tugasnya dengan menarik secara perlahan-lahan roh Rasulullah, nampak kelihatan seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat leher baginda menegang, lalu baginda bersabda “Wahai Jibril, betapa sakit sakaratulmaut ini”. Perlahan Rasulullah mengaduh. Saidatina Fatimah terpejam, Saidina Ali yang disampingnya menundukkan kepala dan Malaikat Jibril mukanya. “Hakikatnya engkau melihatku, hingga engkau palingkan wajahmu wahai Jibril?” tanya Rasulullah pada malaikat penghantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah diragut ajalnya,” kata malaikat Jibril Alaihi Salam. Kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakit yang tidak tertahan lagi. “Ya Allah, dahsyat maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku”. Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Saidina Ali segera mendekatkan telinganya “Peliharalah sembahyang dan peliharalah orang-orang lemah di antara kamu”.

Ini jelas betapa pentingnya ibadah sembahyang kepada setiap individu muslim sehinggakan baginda masih menekankan perintah sembahyang ini di sangat-sangat Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam menghadapi sakaratulmaut.

Oleh yang demikian, janganlah sampai kita menjadi golongan orang-orang yang tidak dipandang (tidak diperdulikan dan tidak dihiraukan) oleh Allah Subhanahu Wata�ala dan juga oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasalam disebabkan kelalaian kita di dunia ini, sedangkan manusia dalam keresahan untuk dihisab di Padang Mahsyar, kita semua mengharapkan syafaat Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam untuk kita dapat memasuki syurga bersama baginda yang telah dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wata’ala.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s