Pasukan mana yang akan ke separuh akhir EURO 2012?

Posted: June 21, 2012 in Sukan
Tags:

Perlawanan suku akhir EURO 2012 akan bermula pada hari ini, 21 Jun 2012.

Portugal, Jerman, England dan Sepanyol jadi pilihan melangkah ke pusingan separuh akhir Kejohanan Euro 2012 kelak.

Pusingan suku akhir itu akan melihat Republik Czech berentap dengan Portugal, Jerman menentang Greece, England bertemu Italy, dan juara bertahan, Sepanyol, pula berjumpa Perancis.

Kesemua perlawanan di peringkat suku akhir menarik dan dijangka Portugal, Jerman, England dan Sepanyol dapat mengatasi lawan masing-masing untuk ke pusingan seterusnya.

Republik Czech Lawan Portugal

Persembahan Portugal sedang meningkat dan pemain seperti Cristiano Ronaldo, Nani dan Miguel Veloso bakal memainkan peranan penting nanti. Portugal sedang berada di kemuncak, terutama sekali Ronaldo.

Republik Czech merupakan sebuah pasukan yang hebat, mutu permainan Portugal menyerlah. Mereka juga mempunyai pemain simpanan yang berkebolehan.

Jerman menentang Greece

Menyentuh mengenai perlawanan suku akhir kedua pula, Jerman bakal menghadapi cabaran yang hebat.

Ini kerana Greece merupakan sebuah pasukan yang kerap bertahan dan gemar mencari ruang melalui serangan balas. Jerman merupakan sebuah pasukan yang berkebolehan baik dari segi organisasi, taktik dan teknik.

Mereka juga tidak pernah tewas dan telah memungut mata penuh dalam pusingan berkumpulan.

England bertemu Italy

Menyentuh mengenai perlawanan ketiga pusingan suku akhir itu pula, England harus awas dengan kehadiran penyerang utama Italy, Mario Balotelli. Namun pengalaman Joe Hart dan Jolean Lescott bermain bersama-sama Mario Balotelli di Manchester City akan memainkan peranan penting bagi pasukan itu mengatasi Italy.

Sepanyol berjumpa Perancis

Sepanyol tidak mempunyai masalah untuk mengatasi Perancis dalam perlawanan keempat.

Kekalahan 0-2 Perancis di tangan Sweden dalam perlawanan terakhir kumpulan mereka akan menjejas keyakinan pasukan tersebut. Perancis akan menghadapi masalah dengan taktik Sepanyol yang gemar membuat hantaran tepat ke arah kotak penalti lawan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s