Sepanyol juara Euro 2012

Posted: July 2, 2012 in Sukan
Tags: ,

 

Sepanyol berjaya mempertahankan kejuaraan Euro apabila membenam Itali 4-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Olympic, Kiev.

Pasukan bimbingan Vicente Del Bosque itu juga mencipta sejarah menjadi negara pertama meraih kejuaraan secara berturut-turut. Empat tahun lalu di Austria-Switzerland mereka muncul juara apabila mengalahkan Jerman 1-0.

Itali yang tidak diletakkan harapan dalam kejohanan kali ini serta bukan pasukan pilihan ke akhir, tersentak dengan jaringan pembukaan Sepanyol pada minit ke-14 melalui David Silva, sebelum pemain pertahanan, Jordi Alba menambah gol kedua empat minit sebelum perlawanan separuh masa pertama tamat.

Pemain gantian Fernando Torres dan Juan Mata melengkapkan malam gemilang La Roja selepas meledak jaringan pada minit ke-84 dan 88 sekali gus mengesahkan kejuaraan buat kali ketiga tatkala kejuaraan pertama diraih mereka pada 1964 (edisi kedua). – AGENSI

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s