Nisfu Syaaban malam pengampunan dan penuh rahmat

Posted: July 4, 2012 in Tazkirah
Tags: ,

Pada bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam iaitu malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban. Malam Nisfu Syaaban (pada malam nanti Hari Rabu, 4 Julai 2012 malam Hari Khamis) merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadar. Pada malam Nisfu Syaaban itu kita sangat-sangat digalakkan memanfaatkannya kerana mempunyai banyak keistimewaan, antaranya merupakan salah satu malam yang paling mustajab (doa dimakbulkan), malam pengampunan dan penuh rahmat, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abi Musa al-Asya’ari, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya rahmat Allah Subhanahu Wata’ala datang pada malam Nisfu Syaaban, lalu dia mengampunkan kesalahan ke semua makhluknya melainkan orang musyrik atau orang yang bermusuhan.”

Saiyidatina Aisyah Radhiallahuanha, menyatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak tidur pada malam itu (malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi yang maksudnya: “Rasulullah telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir Baginda telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafan-Mu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredaan- Mu daripada kemurkaan- Mu dan aku berlindung kepada-Mu daripada-Mu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadap-Mu seperti kamu memuji diri-Mu sendiri.”

Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah Radhiallahuanha “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makhruf dan nafi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

BUKU CATATAN AMALAN

Hari Nisfu Syaaban adalah hari yang mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib).

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Justeru itu, umat Islam disaran untuk menghidupkan malam tersebut dengan memperbanyakkan sembahyang-sembahyang sunat seperti Sembahyang Sunat Mutlak, Sembahyang Sunat Tasbih, Sembahyang Sunat Hajat dan sebagainya.

PERKARA-PERKARA BID’AH

Namun dalam keghairahan kita membesarkan malam Nisfu Syaaban ini kita perlu berhati-hati agar tidak terjerumus kedalam perkara-perkara Bid’ah, seperti melakukan sembahyang sunat Nisfu Syaaban, kerana Sembahyang Sunat Nisfu Syaaban ini sebenarnya tidak sabit dalam ajaran Islam.

REBUT PELUANG KEEMASAN

Melihat kepada betapa besarnya kelebihan dan keistimewaan yang terdapat di Bulan Syaaban ini, maka sewajarnyalah kita merebut peluang keemasan tersebut, jangan kerana didalam kesibukan kita dengan urusan duniawi seperti kerja pejabat, sekolah, keluarga dan sebagainya, menyebabkan kita leka dan lalai sehingga tidak berpeluang merebut keistimewaan di bulan Syaaban ini.

Oleh itu, marilah kita sambut bulan yang mulia ini dengan penuh keinsafan dan berusaha meningkatkan lagi amal ibadat kita semata- mata untuk mendapatkan rahmat dan pengampunan dari Allah Subhanahu Wata’ala sebagaimana firman-Nya dalam Surah Al Kahfi ayat 30 yang tafsirnya : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan soleh, sesungguhnya Kami tidak mensiasiakan pahala sesiapa yang memperbaiki amalnya.”

Marilah bersama-sama kita memperbanyakkan amalan pada bulan Syaaban ini kerana padanya terdapat banyak kelebihan dan keutamaan yang mesti direbut. Oleh kerana bulan Syaaban datang hanya sekali dalam setahun, maka ambillah kesempatan untuk meningkatkan amal ibadah dalam usaha memperbaiki diri menuju ketakwaan dan keimanan kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s