Daulat Kebawah Duli Tuan Patik

Posted: July 14, 2012 in Artikal
Tags: ,

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan kita rayakan esok iaitu pada hari Ahad, 15 Julai 2012. Sambutan itu nanti adalah sebagai menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan bagi mengenang jasa baginda yang tidak ada tolok bandingnya dalam memajukan Negara Brunei Darussalam. Kepimpinan baginda dari singgahsana membolehkan bumi Darussalam berkembang maju, aman sejahtera tenteram lagi aman damai.

Bagi tahun 2012, sambutan perayaan Hari Keputeraan merupakan kelaziman setiap tahun yang dianjurkan bagi menepati hajat dan maksud sambutan iaitu suatu tanda kesyukuran dan keraian bagi yang khas dan yang am. Perayaan bertemakan ‘Wawasan Raja + Wawasan Rakyat = Wawasan Negara’.

Wawasan Raja dan Wawasan Rakyat adalah Wawasan Negara. Tema ini antaranya menggambarkan wawasan rakyat yang taat setia bernaung di dalam sebuah negara yang aman sejahtera berkat kepimpinan bijaksana seorang Raja yang berdaulat, berjiwa rakyat, pemurah dan dihormati serta disanjung tinggi oleh sekalian rakyat. Semua ini akan dapat merealisasikan wawasan negara untuk mewujudkan negara yang maju, membangun, aman dan selamat yang selamanya diberkati dan diredai oleh Allah Subhanahu Wata’ala.

Alhamdulillah, kita akan menyambut hari bersejarah, dengan seluruh lapisan rakyat dan penduduk telah menunjukkan semangat kegigihan dan kerjasama yang amat padu, yang mana segala acara dan program yang dirancang pada peringkat kebangsaan mahupun daerahdaerah telah berjalan dengan teratur, sempurna dan penuh kejayaan. Kelangsungan semua ini berkat muafakat yang bulat antara semua jawatankuasa baik pada pihak kerajaan mahupun swasta.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat setentunya merupakan acara kemuncak dan sentiasa ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan rakyat jelata. Majlis Bersama Rakyat ini didahului di Daerah Belait pada hari Isnin, 16 Julai 2012; diikuti Daerah Tutong pada hari Selasa, 17 Julai 2012; Daerah Temburong, hari Rabu, 18 Julai 2012 dan diakhiri di Daerah Brunei dan Muara pada hari Khamis, 19 Julai 2012. Dengan adanya setiap acara di daerah-daerah dapat mencetuskan rasa kasih sayang dan taat setia yang utuh-teguh ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia, selaku ‘Ulil Amri’ rakyat dan penduduk yang bernaung di bawah kerajaan baginda.

Begitu juga semua bangunan-bangunan kerajaan dan swasta, gedung-gedung perniagaan, rumah-rumah persendirian dihiasi dengan pintu-pintu gerbang, yang menunjukkan slogan DAULAT TUANKU atau ALLAH PELIHARAKAN SULTAN dan ALLAH LANJUTKAN USIA SULTAN. Slogan ini merupakan manifestasi dan kehendak rakyat dan setiap penduduk yang bernaung di bumi Brunei Darussalam semoga Raja yang kita kasihi akan dipeliharakan oleh Allah dan tetap BERDAULAT.

Perayaan yang akan kita rayakan itu berjalan dalam suasana negara yang aman dan tenteramyangmembolehkan semua kita komited untuk menjayakannya. Sesungguhnya perayaan ini lebih bersifat acara nasional dan manifestasi negara yang menuntut semua warga negara ini mustahak melibatkan diri sebagai rasa cinta dan kasih sayang kita terhadap raja yang amat dikasihi dan pemimpin yang banyak menabur jasa kepada pembangunan negara dan bangsa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s