Musibah diambang 1 Ramadhan 1433

Posted: July 21, 2012 in Artikal, Berita
Tags: , , , ,

20 Julai 2012 – NEGARA kitani sekali lagi dikejutkan dengan berita yang menyedihkan pada ketika umat Islam bersedia menyambut bulan Ramadan yang membawa seribu keberkatan. Sebuah Helikopter Bell 212 Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah jatuh terhempas di Ulu Belait dan mengorbankan seramai 12 orang dan dua orang cedera. Nahas ini mendapat liputan meluas pihak media yang berusaha untuk melaporkan berita yang di luar jangkaan ini. Orang ramai juga banyak mengetahui kejadian ini daripada laman sosial seperti ‘facebook’, ‘youtube’ dan lain-lain kemudahan ‘internet’. Berita ini cepat tersebar sehingga anak-anak kecil pun tahu mengenainya.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat ke Pangkalan Angkatan TUDB di Kampung Rimba untuk melihat sendiri mangsa-mangsa yang terkorban yang telah dibawa pulang dari tempat kemalangan. Baginda seterusnya berangkat ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAS) meninjau keadaan mangsa-mangsa yang mengalami kecederaan sedang menerima rawatan dan baginda juga berkenan menghantar perutusan takziah kepada ahli-ahli keluarga yang terlibat dalam nahas kemalangan tersebut.

Nahas ini benar-benar menguji ketabahan dan keteguhan iman keluarga yang terbabit apatah lagi berita ini diterima pada saat-saat umat Islam di negara ini sedang membuat persiapan menyambut bulan Ramadan.

Dalam menghadapi saat-saat pilu begini, kaum keluarga yang terbabit mendapat kekuatan untuk berhadapan dengan kenyataan yang sukar diterima. Keluarga, saudara-mara, rakan-rakan bahkan orang ramai yang tidak mempunyai pertalian hubungan dengan mangsa nahas masing-masing menyampaikan ucapan takziah dan diselitkan dengan kata-kata perangsang supaya tabah dan sabar menghadapi dugaan yang diberikan oleh Allah SubhanahuWata’ala. Sikap pemedulian dan kebruneian orang-orang kitani terserlah pada saat-saat seperti ini.

Tanpa mengira bangsa, agama, keturunan semua rakyat di negara ini berasa ikut berdukacita atas kemalangan yang berlaku. Semua pihak menghulurkan bantuan yang terdaya untuk membantu mangsa-mangsa nahas. Sebagai sebuah Negara Zikir dan mengamalkan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB), sudah tentu kejadian seperti ini tidak akan dibiarkan begitu sahaja tanpa berpegang acara keagamaan. Bacaan doa tahlil untuk mangsa-mangsa nahas diungkayahkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama bertempat di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah walaupun kitani sedia maklum bacaan doa tahlil juga diadakan di setiap rumah mangsa nahas.

Kitani hanya berharap agar keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini kerana hidup perlu diteruskan. Semoga kejadian ini tidak akan mematahkan semangat anggota tentera yang lain kerana ajal maut di tangan Tuhan. Teruskan berbakti untuk agama, bangsa dan negara. Al Faatihah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s