Selamat Pengantin Diraja

Posted: September 22, 2012 in Artikal, Berita
Tags: ,

ESOK hari Ahad, tanggal 23 September 2012 merupakan Hari Kemuncak bagi Istiadat Perkahwinan Diraja apabila Istiadat Bersanding Pengantin Diraja antara YangTeramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan Yang Mulia Pengiran Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub akan berlangsung dengan penuh adat istiadat di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.
Tarikh yang penuh sejarah itu nanti memang telah dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam. Kerana selain dari sebagai kenangan dan ristaan zaman-berzaman ianya juga melambangkan kekayaan Adat Istiadat Diraja yang perlu diketahui oleh generasi akan datang.

Alhamdulillah, acara yang sudah berjalan sejak hari Ahad, 16 September lalu itu telah dimulakan dengan Istiadat Bersuruh Diraja dan diikuti dengan Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 17 September; Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja pada 18 September; Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja di Istana Nurul Iman pada 19 September dan pada hari Khamis, 20 September dikuti dengan Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja yang berlangsung di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara.

Upacara bersejarah itu nanti bukan sahaja menjadi kenangan dan ristaan rakyat dan penduduk negara ini, tetapi juga akan dapat disaksikan dengan kehadiran para tetamu daripada luar negara yang akan diundang khas bagi sama-sama menyaksikan Istiadat Perkahwinan Diraja Negara Brunei Darussalam, di samping liputan pelbagai media tempatan dan luar negara, yang sudah setentunya akan dapat mengenalkan kepada masyarakat luar bahawa Negara Brunei Darussalam memang kaya dengan adat budayanya tersendiri sejak turun-temurun dan tetap utuh dipelihara walaupun dipengaruhi arus modenisasi tetapi terus dipertahankan dengan menjadikan Islam sebagai rujukan.

Sempena dengan Istiadat Perkahwinan Diraja ini, pelbagai majlis keraian disediakan dan dipersembahkan bagi menyerikan lagi suasana, seperti Istiadat Berjaga-Jaga yang berlansung di Istana Nurul Iman dan rumah kediaman Pengantin Diraja Laki-Laki di Kampung Beribi, yang mana istiadat tersebut diisikan dengan aktiviti keagamaan.

Manakala Jawatankuasa Istiadat Perkahwinan Diraja juga telah menyediakan acara persembahan kebudayaan di Kawasan Letak Kereta berhadapan dengan Bangunan Alat-Alat Kebersan Diraja dan Kawasan Waterfront di ibu negara, antaranya persembahan lagu-lagu Perkahwinan Diraja dan Lagu-Lagu Tradisional, Persembahan Keagamaan, Persembahan Purih Pancir Negara, Pertandingan Tausyeh, Pertandingan Hadrah Sekolah-Sekolah, Peraduan Pantun Bermukun, Pertandingan Nasyid, Persembahan Seni Budaya, Persembahan Pentarama dan lain-lain persembahan yang disembahkan oleh pelbagai peringkat masyarakat di negara ini termasuklah dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, pasukan-pasukan beruniform, Majlis Perundingan Kampung, Persatuan-Persatuan, jabatan-jabatan Kerajaan dan lain-lain pihak yang sama-sama memberigakan suasana Istiadat Perkahwinan Diraja.

Bagi sama-sama memberigakankan Istiadat Perkahwinan Diraja itu, Jabatan Penerangan Jabatan Perdana Menteri selaku Jawatankuasa Penerbitan dan Penerangan juga telah menyediakan laman rasmi Istiadat Perkahwinan Diraja melalui ‘www.royalwedding.information.gov.bn,’ yang disediakan setiap hari termasuk maklumat dan berita-berita berkaitan istiadat tersebut bermula 16 September 2012 yang lalu.

Sebagai rakyat dan penduduk yang bernaung di Negara Brunei Darussalam, yang kaya dengan adat istiadat dan budaya yang berlandaskan Melayu Islam Beraja (MIB) ini, sama-samalah kita mendoakan dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran, mudah-mudahan kedua-dua mempelai diraja dilimpahi Allah Subahanahu Wata’ala dengan kebahagiaan hingga ke akhir hayat, Amin!.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s