Penutupan premis perniagaan semasa Sembahyang Fardu Jumaat berkuat kuasa 2 November ini Waktu penutupan bermula pukul 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang

Posted: October 29, 2012 in Berita, Makluman
Tags:

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Pegawai-Pegawai Daerah dan Pengerusi-Pengerusi Lembaga Bandaran telah mengarahkan semua premis perniagaan dan pejabat, pusat-pusat hiburan, rekreasi dan sukan, termasuk pawagam dan padang permainan, gerai / tamu, pasar dan gedung-gedung perniagaan di bawah kawalan Pegawai-Pegawai Daerah dan Pengerusi-Pengerusi Lembaga Bandaran hendaklah ditutup pada hari-hari Jumaat mulai pukul 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang, berkuat kuasa pada 2 November 2012.

Arahan tersebut sebagai menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dalam titah perutusan sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1433 Hijrah bersamaan 2012 Masihi yang disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Brunei 25 Oktober 2012 lepas.

“Dengan hormatnya, sukacita pada menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dalam titah perutusan sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1433 Hijrah bersamaan 2012 Masihi yang disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Brunei pada hari Khamis malam Jumaat, 10 Zulhijah 1433 Hijrah bersamaan 25 Oktober 2012 Masihi, antaranya menitahkan semua premis perniagaan “bisaitah ditutup buat sementara waktu, sehingga selesai menunaikan Sembahyang Fardu Jumaat iaitu sebagai salah satu contoh paling tepat lagi mustahak untuk disegerakan dalam perkara membaiki imej bandar dan malah negara seluruhnya,” menurut siaran akhbar tersebut.

Dalam perutusan titah baginda selain untuk memelihara kesucian negara atau bandar kita daripada segala macam bentuk mungkar, penutupan ini akan memberikan imej yang baik dan indah (yakni imej keislaman) sesuai dengan sifatnya selaku bumi MIB atau bumi Negara Zikir.

Penutupan ini, juga selain ia sendiri berunsur imej, ia juga akan mampu untuk mengubati penyakit kuai-libai sesetengah kalangan pemuda atau belia di pusat-pusat membeli belah atau di kaki-kaki lima, sedang orang-orang Islam lain sudah pun berada di masjid atau sedang bergerak ke masjid. Tidakkah, jika perkara ini dibiarkan sehingga berpanjangan, akan mencemarkan imej negara dan malah imej Islam sendiri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s