CINCIN SUASA :Bolehkah dipakai oleh lelaki?

Posted: November 20, 2012 in Artikal, Hukum Hakam, Tazkirah
Tags: ,
cincin suasa

Cincin Suasa haram dipakai oleh orang laki-laki Islam

ORANG lelaki sunat memakai cincin daripada perak kerana Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah memakainya berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, bahawasanya beliau berkata: Maksudnya : “Cincin Nabi Shallallahu ‘alahi wasallam seluruhnya diperbuat daripada perak, batu matanya pun daripada perak.” – (Hadits riwayat Abu Daud).

Selain cincin dari pada perak ini dipakai orang lelaki, cincin emassuasa juga masih menjadi kegemaran sebahagian yang lain. Persoalannya bolehkah orang lelaki memakai cincin suasa ini?

Ramai orang lelaki beranggapan bahawa memakai cincin suasa tidak haram, kerana cincin suasa ini tidak lagi dianggap seperti cincin emas tulin sebagaimana yang diharamkan.

Perlu diingat bahawa cincin emas itu haram dipakai oleh orang lelaki, sama ada emas yang ada pada cincin itu sedikit ataupun banyak. Tidak kira sama ada melalui proses penyalutan (plating) seperti cincin gold plated dan proses pengaloian bahan emas bersama bahan yang lain seperti cincin suasa.

Pengharaman ini jelas sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abu Thalib Radhiallahu ‘anhu:

Maksudnya : “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melarang aku daripada memakai cincin emas.” – (Hadits riwayat Muslim).

Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengibaratkan seseorang yang memakai cincin emas itu adalah seperti meletakkan bara api Neraka ke tangannya sendiri sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma menyebutkan bahawa Rasulullah Shallalahu ‘alaihi wasallam telah melihat sebentuk cincin emas di tangan seorang lelaki, lalu Baginda mencabutnya dan melontarkannya sambil bersabda :

Maksudnya : “(Adakah) seseorang daripada kamu sengaja (mahu) mengambil bara api daripada neraka lalu meletakkannya (api itu) di tangannya.” – (Hadits riwayat Muslim).

Nash pengharaman emas bagi orang lelaki sama ada sedikit ataupun banyak disebutkan oleh Imam an-Nawawi Rahimahullah dalam kitab al-Majmu’ :

Ertinya : “Ulama dalam mazhab kita (mazhab Syafi’i) juga sepakat mengharamkan pemakaiannya (emas) sama ada sedikit atau banyak sebagaimana telah disebutkan oleh penyusun (kitab al-Muhadzdzab, Imam asy-Syiradzi Rahimahullah). Sekiranya cincin itu diperbuat daripada perak dan padanya terdapat sebutir logam yang diperbuat daripada emas ataupun sebentuk cincin (yang diperbuat daripada emas) haram ia digunakan secara sepakat para ulama.’ – (Kitab al-Majmu’ : 1/383).

Allahyarham Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz menyebutkan dalam fatwa beliau : “Haram atas lelaki memakai barang-barang kemas daripada emas suasa kerana emas suasa itu suatu logam yang terjadi daripada emas dan suasa.”

Berkata ulama : “Kerana warna yang ada pada suasa itu warna kuning, sekalipun sedikit pada pandangan padanya, tetapi warna kuning itu tiada sepenuhnya bahkan warna kuning bercampur dan bersulam dengan warna merah dan ada khuyala’ pada memakai suasa seperti ada khuyala’ pada memakai emas.”

Dari itu jelaslah bahawa cincin emas suasa adalah haram dipakai oleh orang lelaki kerana terdapat padanya emas walaupun sedikit.

WALLAHU’ALAM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s