Pindaan Akta Kebankrapan (Penggal 67) diperkenankan

Posted: December 14, 2012 in Artikal, Berita, Hukum Hakam, Makluman
Tags: , ,

Jabatan Peguam Negara memaklumkan bahawa atas Titah Perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, baginda telah memperkenankan bagi pindaan Akta Kebankrapan (Penggal 67) berkuat kuasa pada 4 Disember 2012.

Antara pindaan utama yang dibuat ke atas Akta Kebankrapan melibatkan peningkatan had hutang oleh penghutang kepada pemiutang yang mengemukakan rayuan daripada BND500 hingga BND10,000, pelepasan kebankrapan melalui sijil selagi ia selepas tiga tahun sejak tarikh bermulanya kebankrapan dan hutang tidak melebihi BND100,000 dan kesannya selepas pelepasan serta kuasa pemegang amanah untuk mengarahkan Pengawal Imigresen untuk mengimpaun dan menahan pasport orang yang bankrap, sijil pengenalan atau dokumen perjalanan untuk menghalangnya daripada meninggalkan Negara Brunei Darussalam.

Pindaan itu juga memperlihatkan pengenaan sejumlah tanggungjawab ke atas orang yang muflis, menyerahkan semua harta di bawah miliknya, buku-buku dan kertas dan sebagainya kepada pemegang amanah atau wakil peribadi dan juga Kerajaan Negara Brunei Darussalam untuk menyertai perjanjian dengan Malaysia dan Singapura bagi pengiktirafan oleh setiap kerajaan terhadap pegawai yang dilantik mengenai kebangkrapan oleh kerajaan lain, dengan sebab bahawa jika seseorang itu dikenakan muflis di Malaysia atau Singapura harta orang yang muflis yang berada di Negara Brunei Darussalam akan diberikan kepada Pegawai yang rasmi dilantik oleh Kerajaan Malaysia dan Singapura dan semua mahkamah di Negara Brunei Darussalam hendaklah mengiktiraf jawatan Pegawai yang dilantik rasmi ke atas harta berkenaan.

Pindaan diusahakan oleh Jawatankuasa mengenai Kajian Pentadbiran dan Pengurusan Rangka Kerja Perundangan berkaitan dengan Kebankrapan dan Rejim ketidakmampuan Bayar yang dipengerusikan Yang Arif Dato Paduka Haji Hairolarni bin Haji Abd. Majid dengan kerjasama erat daripada pegawai-pegawai dari Jabatan Perdana Menteri, Kehakiman, Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Jawatankuasa ini ditubuhkan atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada tahun 2008 untuk mengkaji semula undang-undang kebankrapan yang sedia ada dan untuk meningkatkan keseimbangan dan melindungi hak kedua-dua pemiutang dan penghutang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s