Bonus penjawat awam dikeluarkan hari ini

Posted: December 27, 2012 in Artikal, Berita, Makluman
Tags: ,

Bonus-2

Negara Brunei Darussalam, Khamis, 27 Disember. – Para penjawat awam di negara ini mula menerima bonus berserta gaji bulanan mereka hari ini.

Pemberian bonus merupakan terima kasih dan penghargaan kerajaan kepada warga Perkhidmatan Awam yang sentiasa menyumbangkan bakti serta usaha mereka selama ini yang bertungkus lumus dalam apa jua pekerjaan, di samping memberikan galakan supaya lebih berusaha lagi dalam mempertingkatkan mutu kerja dengan memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti.

Bonus tahunan kebiasaannya dibayar pada akhir bulan Januari setiap tahun telah pun diubah pembayarannya sebulan lebih awal iaitu pada akhir bulan Disember setiap tahun.

Perubahan pembayaran bonus yang juga diselajurkan dengan gaji bulanan tersebut telah pun dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena Hari Keputeraan baginda yang ke-61 tahun pada hari Ahad, 30 Jamadilakhir 1428 / 15 Julai 2007 di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.

Kadar pembayaran bonus kepada penjawat awam akan dibuat mengikut kadar peratus daripada pembayaran yang ditetapkan dalam perenggan 6.5 pada Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: 14/1984 bertarikh 4 Julai 1984 iaitu menurut kategori penilaian prestasi keseluruhannya selaras dengan yang tercatat dalam borang penilaian prestasi pegawai dan kakitangan.

Namun, bonus bukan sekadar wang yang diterima tetapi dari sudut motivasi kerja, bonus adalah rangsangan para penjawat awam untuk terus menikmati keinginan bekerja.

Pemberian bonus juga akan membolehkan ibu bapa membuat persediaan yang bersesuaian bagi musim persekolahan yang baru bagi anak-anak mereka pada awal tahun.

Seperti kelaziman, pemberian bonus, setentunya mesin-mesin ATM di kesemua lokasi akan menjadi tumpuan yang menyebabkan kesesakan jalan raya dan pusat membeli-belah.

Menteri Kewangan Kedua di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim semasa menjelaskan dalam Permesyuaratan Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kelapan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) pada 6 Mac lalu, pemberian bonus ini walaupun meliputi semua peringkat namun ianya lebih ditumpukan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah yang mana Bahagian III dan ke bawah diberikan sebanyak 1.5 bulan gaji. Bonus ini merupakan tambahan pendapatan kira-kira 12.5 peratus sebulan bagi bahagian tersebut. Untuk menampung bonus ini kerajaan telah menyediakan kira-kira BND135.5 juta setiap tahun.

Sehubungan dengan itu, bonus yang dikurniakan ini akan dimanfaatkan dengan pelbagai guna oleh orang awam yang menerimanya lebih-lebih lagi keperluan yang begitu penting.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s