HARAPAN TAHUN 2013 DENGAN PELBAGAI PERSPEKTIF

Posted: December 31, 2012 in Artikal

ALHAMDULILLAH, kitani seharusnya mensyukuri rahmat dan nikmat yang telah Allah Subhanahu Wata’ala kepada kitani yang bernaung di bawah bumi Brunei Darussalam ini. Kitani sudah berada pada penghujung tahun dan sepanjang tahun kitani telah menyaksikan pelbagai peristiwa yang berlaku. Kitani juga telah banyak memainkan peranan dalam pembangunan dan kemajuan negara. Begitu juga dalam menangani isu-isu serantau dan antarabangsa terutamanya yang menjurus pada kestabilan dan kesejahteraan melalui penglibatan kitani dalam pertubuhanpertubuhan serantau dan antarabangsa.

Esuk Kitani akan memasuki tahun 2013. Dalam hal ini, kitani perlu bersedia dalam menghadapi cabaran atau komitmen yang telus serta tanggungjawab yang akan digalas apatah lagi pada tahun 2013 negara kitani akan menjadi tuan rumah pada Sidang Kemuncak ASEAN. Setentunya pelbagai persediaan rapi telah dan sedang dirancang supaya perjalanan sidang ini akan berjalan lancar.

Dalam hal ini, industri pelancongan ke negara ini akan meningkatkan ekonomi negara bahkan juga integrasi sosial dan keharmonian. Secara tidak langsung destinasi pelancongan ini akan dapat mempromosikan negara kitani di peta dunia dan setentunya negara kitani akan lebih dikenali dan digalati. Inilah masanya kitani melaksanakan peranan sebagai rakyat dan penduduk di negara ini untuk meningkatkan taraf dan imej negara kitani sebagai sebuah negara yang aman dan sejahtera di bawah pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Kitani percaya dan memahami bahawa arus dan gaya hidup baru yang berkonsepkan globalisasi dan kemodenan memaksa kitani untuk bertindak dengan lebih bijak, inovasi, kreatif dan aktif untuk menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan kemajuan yang semakin pantas berkembang.

Ledakan teknologi maklumat apatah lagi semuanya terletak di hujung jari menjadikan skop dunia ini semakin dekat dan pantas. Dengan menekan punat sahaja kitani sudah dapat memperolehi pelbagai ilmu dan maklumat dari seluruh dunia. Inilah yang seharusnya kitani pelajari supaya anak bangsa kitani dapat seiring bergerak pantas dan maju dengan rakyat di negara-negara lain.

Kitani perlu memperhebatkan rancanganrancangan di samping cetusan idea yang canggih untuk kemajuan negara, meningkatkan ekonomi negara, meluaskan tahap dan piawaian pendidikan anak bangsa serta pembangunan belia syumul yang cemerlang.

Keseimbangan antara nilai-nilai luhur dan kemajuan teknologi perlu diwujudkan dalam menghadapi tahun-tahun akan datang yang dinamik dan serba moden. Anjakan paradigma untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bersedia menghadapi cabaran masa depan adalah satu kemestian. Usaha perlu dilipatgandakan untuk memenuhi tuntutan-tuntutan tersebut kerana jika kitani lalai, kitani akan ketinggalan dan inilah yang perlu kitani elakkan.

Selamat Tahun Baru Masehi 2013.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s