Tak rugi beli

Posted: May 12, 2012 in Sukan
Tags:

RAMAI pemain membuktikan perpindahan mereka ke Liga Perdana Inggeris musim ini benar-benar pembelian berbaloi. Ini adalah 10 pembelian terbaik musim ini.

Yakubu

Yakubu

Yakubu
Blackburn (perpindahan percuma dari Everton).

Di mata penyokong Blackburn, Steve Kean tidak membuat banyak keputusan bijak tetapi pembelian Yakubu dianggap sebaliknya.

Jaringan pemain berusia 29 tahun tidak cukup untuk mempertahankan Blackburn dalam Liga Perdana Inggeris tetapi tanpa jaringannya, penyingkiran Rovers ke liga Championship mungkin sudah berlaku sejak awal bulan lalu.

Sergio Aguero

Sergio Aguero

Sergio Aguero
Man City (₤38 juta, Atletico Madrid)

Pembelian bernilai tinggi mungkin boleh menjejaskan pemain sebaik dia menyertai kelab baru tetapi penyokong City sepatutnya bersyukur ia tidak berlaku kepada Sergio Aguero.

Pemain itu tidak mengambil banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan Liga Perdana Inggeris apabila meledakkan dua gol pada penampilan sulung menentang Swansea dan mengumpul 30 gol musim ini.

Demba Ba

Demba Ba

Demba Ba
Newcastle (percuma, West Ham)

Tujuh jaringan liga untuk pasukan West Ham musim lalu memberi bayangan bahawa Ba adalah antara pemain berpotensi dalam Liga Perdana Inggeris tetapi tidak banyak kelab berminat untuk mendapatkannya musim ini, biarpun secara percuma.

Akhirnya, Alan Pardew membawa penyerang itu ke Newcastle dan terbukti antara pembelian terbaik musim ini. Pemain berusia 26 tahun itu menjaringkan 15 gol sebelum Piala Negara-Negara Afrika, Januari lalu dan meskipun sentuhannya mulai hambar selepas itu, dia membentuk gandingan mantap dengan Papiss Cisse.

Ashley Young

Ashley Young

Ashley Young
Manchester United (₤16 juta), Aston Villa)

Dia mungkin berjaya meniru mimik muka Tom Daley sejak beberapa minggu ini tetapi musim pertama Young di Manchester United dianggap berjaya.

Penyerang itu menjadi tonggak utama Aston Villa musim lalu dan meningkatkan tahap permainannya di Old Trafford dan kelihatan berbahaya setiap kali mendapat bola. Lapan gol liga dan tujuh bantuan gol menjadi bukti kemampuannya musim ini serta membentuk gandingan serasi dengan Wayne Rooney.

Anthony Pilkington

Anthony Pilkington

Anthony Pilkington
Norwich (₤2 juta, Huddersfield)

Untuk kebanyakan pasukan Liga Perdana Inggeris, konsep untuk membeli pemain liga bawahan boleh dianggap satu perjudian yang berisiko tinggi.

Bagaimanapun Paul Lambert mempercayai bintang Liga Bola Sepak dan Pilkington, 23 adalah antara pembelian terbaiknya, melangkaui dua liga daripada League One.

Kejayaan itu tidak melekakan pemain tengah itu dan jaringannya memastikan Norwich kekal dalam Liga Perdana Inggeris.

Scott Parker

Scott Parker

Scott Parker
Tottenham (₤5 juta, West Ham)

Ketiadaan Wilson Palacios menyebabkan Spurs perlu mencari pemain baru untuk menerajui bahagian tengah terutama selepas dibelasah Manchester City dan United awal musim ini.

Sebaik Parker, 31 menyertai Spurs, kelab itu menang 10 daripada 11 perlawanan berikutnya untuk mengekori City dan United. Prestasi Spurs mungkin makin merosot tanpa Parker yang mengalami kecederaan dan digantung tetapi dia semakin menyerlah di pentas antarabangsa apabila Stuart Pearce memberikannya ikat lengan kapten England dalam perlawanan menentang Belanda baru-baru ini.

Yohan Cabaye

Yohan Cabaye

Yohan Cabaye
Newcastle (₤4.3 juta, Lille)

Reputasi Lille memukau apabila menjuarai liga utama Perancis musim ini dengan pemain seperti Gervinho dan Eden Hazard mendapat perhatian tetapi yang bekerja keras dalam pasukan itu adalah Cabaye yang dibeli Pardew, Jun lalu.

Pemain Perancis itu membuktikan kelasnya yang tersendiri sejak menggantikan bekas kapten Toon, Kevin Nolan di bahagian tengah.

Michel Vorm

Michel Vorm

Michel Vorm
Swansea (₤1.5 juta, Utrecht)

Pemain yang dibawa masuk saat akhir untuk skuad Swans menjelang musim pertama mereka di Liga Perdana Inggeris tetapi sejak penampilan sulung menentang Manchester City, saham penjaga gol itu semakin melambung.

Penjaga gol berusia 28 tahun itu menyerlahkan skuad Brendan Rogers itu hinggakan diberikan jersi nombor 1 Belanda untuk dua perlawanan terakhir kelayakan Euro 2012 awal musim ini.

Papiss Cisse

Papiss Cisse

Papiss Cisse
Newcastle (₤10 juta (RM49.3 juta), Freiburg)

Ramai yang mempersoalkan keputusan Pardew untuk mendapatkan pemain yang tidak dapat diturunkan sehingga berakhirnya Piala Negara-Negara Afrika tetapi penantian mereka cukup berbaloi.

Malah Pardew sendiri tidak menduga penyerang Senegal itu mampu menjaringkan begitu banyak gol, membnetuk gandingan berbisa dengan Ba apatah lagi dengan nilai tidak sampai satu pertiga Andy Caroll. 

Juan Mata

Juan Mata

 Juan Mata
Chelsea (₤23.5 juta, Valencia)

Pada mulanya, Mata dilihat berada dalam sasaran Arsenal tetapi selepas gagal mendapatkan Luka Modric dari Tottenham, Chelsea merampas pemain Sepanyol itu di depan mata Gunners.

Nilai pembeliannya membuatkan pemain itu diletakkan harapan tinggi tetapi pemain berusia 23 tahun tidak pernah gagal dalam tugasannya, menjadi perancang permainan Blues selain menyumbang dan membantu jaringan.

Leave a comment