Waterfront ditukar nama menjadi Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan

Posted: January 1, 2013 in Berita, Makluman
Tags: , , ,

6607913011_c9d7487513

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 1 Januari. – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) sukacita memaklumkan bahawa nama Waterfront Bandar Seri Begawan (BSB) ditukar menjadi Dermaga Diraja BSB.

Penukaran nama ini bermula hari ini.

Dermaga Diraja BSB mempunyai sejarahnya yang tersendiri sebagai Dermaga Kastam dan Eksais Diraja.

Pada tahun 1951, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan Fardu Haji melalui tambatan atau Dermaga Kastam Brunei ketika itu.

Dermaga Diraja ini telah mencatatkan pelbagai sejarah antaranya acara lumba perahu yang disebut ‘Berjanuari’ pada masa dahulu yang disertai oleh Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.

Sementara itu, pada 22 Januari 2012, semasa Regatta Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyertai perlumbaan perahu.

 

Tempat ini juga pernah menerima keberangkatan kerabat diraja dan pembesar-pembesar negara luar negeri termasuk Duchess of Kent, tempat para jemaah haji Negara Brunei Darussalam bertolak dan tiba serta digunakan sebagai pelabuhan keluar masuk penumpang dan barangan import dan eksport melalui laut.

Leave a comment