Posts Tagged ‘Liverpool’

Jangan lupa namaku

Posted: March 21, 2012 in Sukan
Tags: ,

DIRK Kuyt

DIRK Kuyt terdesak untuk menjadi sebahagian daripada kegemilangan Anfield pada masa akan datang.

Begitupun, wira Liverpool itu juga turut mengharapkan rakan sepasukannya berhenti daripada menafikan potensi sebenar mereka dan mula mempamerkan aksi membang�gakan dengan menamatkan prestasi pasukan yang tidak konsisten.

Selepas skuad Reds yang turut dibarisi pemain muda kembali ke Wembley dan layak ke separuh akhir Piala FA, ada yang berpendapat pasukan itu mampu menjadi pencabar kejuaraan satu hari nanti.

Ketika bintang Belanda, Kuyt yakin dengan peningkatan dalam kelab itu, pengalaman yang dimilikinya membuktikan perjalanan kempen pasukan itu masih jauh dan masih banyak perlu disasarkan Liverpool dalam liga ini, di mana mereka masih berharap dapat meletakkan diri dalam kelompok empat terbaik dan juga memenangi piala itu.

Kuyt begitu terdesak untuk menjadi sebahagian daripada masa depan yang diramalkannya dengan skuad muda Liverpool yang bertambah yakin setiap hari dan mengakui mahu menghabiskan sepanjang kariernya di Anfield.

Malah dia memberitahu pengurus Kenny Dalglish bahawa dia mahu kekal di kelab itu selagi diperlukan.

Dia mengakui mungkin terpaksa memikirkan masa depannya jika dia tidak dapat bermain seperti yang diinginkannya.

Sumber: Harian Metro